Thursday 26 June 2014

BAYANG-BAYANG & DEMAM WORLD CUP 2014...

Satu hari saya diarahkan masuk relief ke satu kelas... dalam perjalanan ke kelas relief, saya terserempak dengan sekumpulan murid tahun 5 yang "bersidai" di koridor sambil main bayang-bayang. Rupanya cikgu sains mereka yang suruh. nampak seronok mereka belajar sains sambil main bayang-bayang. teringat zaman kanak-kanak di kampung dulu. cuma bezanya dulu, saya main bayang-bayang waktu malam menggunakan pelita minyak tanah di rumah kayu arwah nenek.



seperti biasa, bila masuk relief, saya akan gunakan peluang untuk melakukan aktiviti bimbingan kelompok. andai aktiviti yang dirancang tamat awal, saya berikan sedikit ruang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti bebas asalkan tidak melampaui batas. mentang-mentang sekarang musim World Cup 2014, murid-murid lelaki rata-rata dilanda demam World Cup 2014... seronok tengok murid-murid saya bermain bola dengan cara mereka... ternyata mereka cukup kreatif untuk menghibur diri versi mereka... semoga mereka membesar menjadi insan cemerlang yang membahagiakan ibu bapa dan keluarga





No comments:

Post a Comment