Tuesday 6 October 2015

PROGRAM PASCA UPSR.

Assalamualaikum..

pening nak buat kertas kerja dan jadual pasca UPSR? jangan pening-pening lagi. di sini saya kongsikan bahan-bahan tersebut untuk rujukan dan panduan cikgu-cikgu... semoga bermanfaat ya!

HIMPUNAN LEMBARAN KERJA KERJAYA

Assalamualaikum...

malam ini saya nak kongsi bahan-bahan kerjaya yang saya kumpulkan dari sumber google. salah satu hobi saya ialah mencari bahan-bahan percuma yang boleh diprint dan disave gitu... lembaran kerja ni ada pelbagai aras. boleh digunakan untuk pelbagai lapisan murid khususnya di sekolah rendah.

selalunya, saya gunakan lembaran kerja ini sewaktu relief class. lepas murid-murid menyiapkan tugasan yang diberi, saya suka berbual dengan murid-murid berdasarkan lembaran kerja yang telah disiapkan. contohnya, apa cita-cita kamu? mengapa? bagaimana kamu nak capai cita-cita kamu? apa ciri-ciri yang perlu kamu ada untuk kerjaya pilihan kamu? dan pelbagai lagi soalan. kadang-kadang murid pulak tanya saya. biasanya mereka bertanya tentang kerjaya pilihan mereka. jadi, selalunya, sebelum saya masuk ke kelas dengan lembaran kerja ini, saya akan "study" dulu supaya tak kantoi bila ditanya murid-murid saya... hehehehe...

harap2 bahan yang tak sepertinya ini dapat membantu guru-guru b&k di luar sana yang mungkin kebuntuan dalam mencari bahan-bahan pendidikan kerjaya. in shaa Allah...