Saturday 21 June 2014

Astana Bimbingan...Jom Singgah Santai ke Teduhan Ilmu dan Budi.

SEJARAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SK SRI PULAI PERDANA


  • Mula beroperasi secara rasmi tanggal 2 JANUARI 2013.
  • Inovasi Unit Bimbingan & Kaunseling mula diperkenalkan tanggal 15 JANUARI 2013.
  • Pada peringkat awal, inovasi ini dinamakan MINI PERPUSTAKAAN.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling mengembangkan inovasi ini pada tahun 2014 dengan nama baru iaitu TEDUHAN ILMU DAN BUDI.
  • Guru Bimbingan & Kaunseling telah memilih nama iaitu ASTANA BIMBINGAN bagi bilik bimbingan dan kaunseling SK Sri Pulai Perdana.
  • Tagline yang dipilih pula ialah : ASTANA BIMBINGAN...JOM SINGGAH SANTAI KE TEDUHAN ILMU DAN BUDI.
PENGERTIAN TEDUHAN ILMU DAN BUDI

  • TEDUHAN bermaksud suatu tempat yang redup, sejuk, tenang dan kondusif untuk menenangkan fikiran dan menjana kecerdasan minda dan emosi di kalangan murid-murid SK Sri Pulai Perdana.
  • ILMU bermaksud murid diberi ruang untuk meneroka ilmu melalui pembacaan majalah dan buku yang disediakan di bilik bimbingan & kaunseling.
  • BUDI bermaksud murid dididik dengan nilai murni melalui permainan dalaman yang disediakan.
  • TEDUHAN ILMU DAN BUDI : Bermaksud suatu tempat yang tenang dan kondusif untuk murid-murid meluangkan masa senggang pada waktu rehat khususnya untuk menimba ilmu melalui pembacaan dan memupuk nilai murni melalui permainan dalaman seperti nilai kerjasama, nilai sabar, nilai menghargai dan banyak lagi.
RASIONAL INOVASI

  • Inovasi Teduhan Ilmu dan Budi diilhamkan sebagai satu bentuk promosi dan hebahan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Pulai Perdana.
  • selain dari itu, inovasi ini juga diilhamkan dengan satu iltizam untuk membolehkan murid-murid mengenali dan mendampingi bilik bimbingan & kaunseling sebagai suatu tempat yang kondusif, theraputik dan menyeronokkan, bukan tempat yang menakutkan.
  • Besar harapan di hati saya agar inovasi ini membolehkan murid-murid mempunyai aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan khususnya pada waktu rehat.
KONSEP HIASAN DALAMAN

  • Astana Bimbingan SK Sri Pulai Perdana mengaplikasikan konsep hiasan dalaman MODEN MINIMALIS.
  • Rasioanal pemilihan konsep hiasan dalaman ini adalah kerana ringkas, cantik, elegan dan sesuai serta selamat untuk menampung kehadiran murid sekolah rendah yang ramai pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment