Sunday 20 July 2014

MAJLIS SUMBANGAN ANAK YATIM & MISKIN SK SRI PULAI PERDANA ( 20 JULAI 2014 )

Jutaan terima kasih kepada wakil penduduk Taman Sri Pulai Perdana yang bermurah hati memberi sumbangan kepada anak yatim dan miskin SK Sri Pulai Perdana. Segala jasa dan sumbangan yang diberi hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...











Monday 30 June 2014

KAD RAYA COMEL

Assalamualaikum....

Ramadhan datang lagi. saban tahun, ketibaan ramadhan pasti menggamit seribu rasa dalam jiwa saya. ada gembira, ada sayu, ada tenang, dan segalanya berbaur menjadi satu rasa yang tak bisa terungkap zahirnya. ramadhan kali ini, saya merancang nak bisnes kad raya untuk dijual kepada murid-murid saya yang comel itu. bukan kad raya seperti yang ada di pasaran, sekadar kad "home made" dari saya untuk anak murid kesayangan saya.

bagi yang berminat nak buat jugak, di sini saya kongsikan softcopy kad raya comel. you all boleh print pada kertas A4 yg keras, terus gunting dan sedia untuk dijual, atau boleh juga print pada kertas A4 biasa, kemudian tampal pada kertas keras untuk membentuk bingkai ( seperti yang saya buat ). semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu sesiapa di luar sana yang memerlukan... insya Allah...

Thursday 26 June 2014

BAYANG-BAYANG & DEMAM WORLD CUP 2014...

Satu hari saya diarahkan masuk relief ke satu kelas... dalam perjalanan ke kelas relief, saya terserempak dengan sekumpulan murid tahun 5 yang "bersidai" di koridor sambil main bayang-bayang. Rupanya cikgu sains mereka yang suruh. nampak seronok mereka belajar sains sambil main bayang-bayang. teringat zaman kanak-kanak di kampung dulu. cuma bezanya dulu, saya main bayang-bayang waktu malam menggunakan pelita minyak tanah di rumah kayu arwah nenek.



seperti biasa, bila masuk relief, saya akan gunakan peluang untuk melakukan aktiviti bimbingan kelompok. andai aktiviti yang dirancang tamat awal, saya berikan sedikit ruang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti bebas asalkan tidak melampaui batas. mentang-mentang sekarang musim World Cup 2014, murid-murid lelaki rata-rata dilanda demam World Cup 2014... seronok tengok murid-murid saya bermain bola dengan cara mereka... ternyata mereka cukup kreatif untuk menghibur diri versi mereka... semoga mereka membesar menjadi insan cemerlang yang membahagiakan ibu bapa dan keluarga





Sunday 22 June 2014

ADA APA DI ASTANA BIMBINGAN...?

Chess gergasi. Cikgunya pun sama terliur nak tumpang sekaki main dengan anak murid ( berbaju biru laut & kuning membelakangkan camera tu cikgu tau). Tapi sayang Guru Bimbingan tak boleh join sebab 'buta' chess sejak kecik... huhu!

Dam ular gergasi. Yang ni pun sama, ada juga cikgu yang terjebak sama main dengan anak murid ( berbaju kurung coklat ). Haaaaa.... yang ni Guru Bimbingan boleh join sebab dulu-dulu juara bertahan main dam ular 18 kali berturut-turut peringkat tadika... hehehe!

Batu seremban. Saya beli batu seremban ni dari 'special supplier'... ada seorang murid saya yang buat bisnes jual batu seremban. katanya nenek dia buat. 5 biji RM4 (saiz kecil). sebagai guru yang menggalakkan bakat usahawan dalam diri murid-murid... saya pun beli ler.

Permainan LEGO... murah jer.. beli kat Cowboy. Tujuan saya beli untuk mainan murid-murid tahap 1, tapi masalahnya, abang & kakak yang dah dok Tahun 6 pulak pulun main! Adik2 dok tepi terkebil-kebil tengok je... acaner tu...?




Koleksi majalah kanak-kanak & remaja yang memang saya beli setiap bulan untuk bacaan murid-murid saya di Astana Bimbingan. Tiada peruntukan khusus dari mana-mana pihak, ia satu amal jariah saya untuk anak murid kesayangan saya. Setiap majalah ini ada peminat setia masing-masing, malah selalu juga majalah ini lesap dari rak dilarikan oleh murid-murid... apa-apa je la!


Koleksi buku cerita dan ensiklopedia kanak-kanak. tidak la banyak tapi boleh la untuk bacaan ringan murid-murid saya. Buku-buku mahal... jadi agak susah nak beli selalu.

Pada masa akan datang, saya berhajat nak tambah lagi koleksi permainan, majalah dan buku untuk murid-murid saya. semoga dipermudahkan Allah nawaitu saya yang satu ini, kerana modal untuk menambah koleksi itu bukanlah kecil jumlahnya... Insya Allah, saya yakin, berkat kasih-sayang saya pada murid-murid saya, pasti ada rezeki untuk mereka nanti. Amin...

Saturday 21 June 2014

DATA INOVASI ASTANA BIMBINGAN ( 2013 )

Alhamdullilah... walaupun pada tahun pertama diperkenalkan, berkat usaha dan sabar Astana Bimbingan SK Sri Pulai Perdana berjaya mencatat jumlah kemasukan yang awesome!! 3 411 pengunjung dalam masa setahun.... phew...! Kamu semua buat cikgu sangat happy dan excited ! Sayang murid-murid cikgu yang sporting & comel....! Demi kamu, cikgu akan terus usaha dan usaha untuk upgrade Astana Bimbingan menjadi tempat paling cool untuk kamu semua... Insya Allah...


MAJLIS PENYAMPAIAN BUKU SARANA IBU BAPA, SK SRI PULAI PERDANA. ( 22 JUN 2014, AHAD )

FIZIKAL ASTANA BIMBINGAN

KEADAAN BILIK SEBELUM PROSES UBAH SUAI.

Bilik baru... kosong... yang ada hanyalah perabot asas meja & kerusi guru, rak dan bidai.

KEADAAN BILIK SEMASA PROSES UBAHSUAI






Kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan dengan bantuan guru-guru muda yang rajin... terima kasih you all... memang penat tahap maksimum... sakit pinggang!

KEADAAN BILIK SELEPAS PROSES UBAHSUAI

Ruang pameran @ ruang tamu Astana Bimbingan

Bilik kaunseling kelompok

Bilik pengurusan

Bilik kaunseling individu

Kaunter Astana Bimbingan

Papan kenyataan di ruang pameran @ ruang tamu

Perjalanan masih jauh... usia Astana Bimbingan baru setahun jagung... masih banyak yang perlu ditambah untuk memperindahkan lagi Astana Bimbingan. Semoga usaha yang sedikit ini diredhai Allah. Semoga saya terus diberi kesihatan dan kelapangan untuk terus menata Astana Bimbingan kesayangan saya ini demi keselesaan murid-murid saya yang comel...

Astana Bimbingan...Jom Singgah Santai ke Teduhan Ilmu dan Budi.

SEJARAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SK SRI PULAI PERDANA


  • Mula beroperasi secara rasmi tanggal 2 JANUARI 2013.
  • Inovasi Unit Bimbingan & Kaunseling mula diperkenalkan tanggal 15 JANUARI 2013.
  • Pada peringkat awal, inovasi ini dinamakan MINI PERPUSTAKAAN.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling mengembangkan inovasi ini pada tahun 2014 dengan nama baru iaitu TEDUHAN ILMU DAN BUDI.
  • Guru Bimbingan & Kaunseling telah memilih nama iaitu ASTANA BIMBINGAN bagi bilik bimbingan dan kaunseling SK Sri Pulai Perdana.
  • Tagline yang dipilih pula ialah : ASTANA BIMBINGAN...JOM SINGGAH SANTAI KE TEDUHAN ILMU DAN BUDI.
PENGERTIAN TEDUHAN ILMU DAN BUDI

  • TEDUHAN bermaksud suatu tempat yang redup, sejuk, tenang dan kondusif untuk menenangkan fikiran dan menjana kecerdasan minda dan emosi di kalangan murid-murid SK Sri Pulai Perdana.
  • ILMU bermaksud murid diberi ruang untuk meneroka ilmu melalui pembacaan majalah dan buku yang disediakan di bilik bimbingan & kaunseling.
  • BUDI bermaksud murid dididik dengan nilai murni melalui permainan dalaman yang disediakan.
  • TEDUHAN ILMU DAN BUDI : Bermaksud suatu tempat yang tenang dan kondusif untuk murid-murid meluangkan masa senggang pada waktu rehat khususnya untuk menimba ilmu melalui pembacaan dan memupuk nilai murni melalui permainan dalaman seperti nilai kerjasama, nilai sabar, nilai menghargai dan banyak lagi.
RASIONAL INOVASI

  • Inovasi Teduhan Ilmu dan Budi diilhamkan sebagai satu bentuk promosi dan hebahan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Pulai Perdana.
  • selain dari itu, inovasi ini juga diilhamkan dengan satu iltizam untuk membolehkan murid-murid mengenali dan mendampingi bilik bimbingan & kaunseling sebagai suatu tempat yang kondusif, theraputik dan menyeronokkan, bukan tempat yang menakutkan.
  • Besar harapan di hati saya agar inovasi ini membolehkan murid-murid mempunyai aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan khususnya pada waktu rehat.
KONSEP HIASAN DALAMAN

  • Astana Bimbingan SK Sri Pulai Perdana mengaplikasikan konsep hiasan dalaman MODEN MINIMALIS.
  • Rasioanal pemilihan konsep hiasan dalaman ini adalah kerana ringkas, cantik, elegan dan sesuai serta selamat untuk menampung kehadiran murid sekolah rendah yang ramai pada satu-satu masa.

Friday 20 June 2014

Tawaran Baru Guru Besar, SK Sri Pulai Perdana

Borang Lawatan Terkini 2014

Assalamualaikum..

bagi kawan-kawan guru bimbingan di negeri Johor khususnya, di sini saya kongsikan borang lawatan terkini 2014. mana tahu ianya dapat membantu kawan-kawan yang nak merancang bawa murid-murid ke tempat-tempat menarik, tapi tak tahu format borang lawatan JPN Johor yang terkini. semoga ilmu yang tak seberapa ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Teks Pengacara Majlis

Assalamualaikum...

pernah tak kawan-kawan berdepan dengan situasi bila minta rakan guru untuk jadi pengacara majlis untuk program anjuran UBK, mereka berikan alasan tak de teks emcee?Atau kawan-kawan sendiri terpaksa jadi "emcee bidan terjun"? lepas tu, kawan-kawan tak tahu mana nak carikan teks emcee seperti yang diminta kerana kesuntukan masa?

di sini, saya kongsikan teks pengacara majlis untuk program-program ringkas. Contoh yang saya berikan di sini ialah Program Ceramah AADK sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah. semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu kawan-kawan semua. selamat bertugas dan senyum selalu...!

SPSK PK13 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Assalamualaikum....

kawan-kawan ada masalah nak cari  soft copy  SPSK PK13 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling? Jangan risau ye... kawan-kawan boleh download dari sini. Harapan saya, semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu melancarkan tugasan kawan-kawan. Selamat bertugas dan semoga sentiasa berada di dalam lindungan dari Allah... Amin...

Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR 2014 ( 6-9 April 2014, Ahad-Rabu )

Wednesday 18 June 2014

HARI SUKAN SKSPP 2014

temasya sukan tanggal 19 jun 2014, khamis....diiringi cuaca yg redup bagai memayungi atlet cilik beraksi di padang

Penanda Buku

Projek suka-suka saya untuk anak murid saya yang comel-comel itu.... Penanda Buku.
Hajat di hati, nak buat untuk jualan yang disasarkan kepada anak murid saya yang sukakan benda-benda yang comel macam dia orang jugak. sambil tu, boleh juga tambah dana untuk keceriaan bilik B&K saya.

bahan-bahannya ialah :
printable template book marks ( can be edited, dont worry my dear... )
Kertas A4
gunting.
plastik laminate.
mesin laminate.
riben
penebuk lubang.

cara-caranya :

1) print template book marks yang dah siap edit tu.
2) laminate template yang dah siap print.
3) gunting ikut bentuk template book mark korang tu.
4) buat lubang kat bahagian atas template
5) ikatkan riben ikut kreativiti korang ler.

Dan book mark korang pun siap. Senang jer kan. So, di sini, saya kongsikan bahan utama iaitu softcopy book marks. selamat mencuba! moga-moga bermanfaat....

Program Santai Petang Murid Tahun 1 & 2, SKSPP (21 Mei 2014, Rabu)

nak pergi legoland tak sempat...dapat naik bas legoland pun anak-anak murid saya yg comel ini dah cukup happy....

Kursus Kepimpinan 2014, SKSPP ( 19 April 2014, Sabtu)

Tuesday 17 June 2014

BAHAN KEPIMPINAN

sila ambil bahan di sini

klik sini

KURSUS BINA LAMAN WEB

Hari ini bangun diiringi hujan renyai... terasa nak tarik selimut lagi.... tapi teringat kena gi kursus.... arrrgghhhh...! wake up...wake up...!! jauh pulak tuuuuu... pukul berapa nak sampai? eerrmmm.... jom Nora sayang... awali harimu dengan Bismillah... kerja itu satu ibadah.... Duhai pemilik seluruh alam maya... berkati hariku ini... lindungi perjalananku hari ini dalam dakapan rahmatMu... Amin....