Wednesday 30 September 2015

HRMIS2.0 - SASARAN KERJA TAHUNAN ( GURU B&K )

Assalamualaikum dan selamat malam...

dalam dingin malam, hati ini begitu teruja untuk terus mencoret di blog ini, berkongsi apa adanya untuk rakan-rakan di luar sana. Dalam entri kali ini, saya kongsikan cara-cara menyiapkan sasaran kerja tahunan (SKT) secara online di laman sesawang HRMIS2.0

1.mula-mula pilih "search engine" dulu. saya guna google chrome. kemudian, taip je hrmis2... lepas tu saya pilih HRMIS Login Page.

nanti akan keluar paparan macam ni. lepas tu, masukkan la kita punye ID PENGGUNA & KATA LALUAN. ID tu biasanya ic kita. kata laluan, kat sekolah saya, kerani dah siap-siap buatkan... so saya ikut jer... senang keje... hehehe...

2. lepas dah keluar paparan ini dan kita dah masukkan id pengguna dan kata laluan, akan keluar paparan yang berikutnya. di paparan ini, pilih PENGURUSAN PRESTASI, kemudian di bawahnya pilih LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN. Nanti akan keluar paparan macam di bawah ni :
tadaaa... akan keluar paparan macam ni... haaaa... nampak..? nampak...? hehehe..!

3. seterusnya, nampak kan paparan di bahagian kiri tu, yang atas sekali tu... (FUNGSI). pergi kat fungsi - sasaran kerja tahunan - pegawai yang dinilai - sasaran kerja tahunan dan klik. nanti akan keluar aparan maklumat peribadi kita. klik TERUSKAN dan akan keluar paparan begini :
 ini paparan yang telah dilengkapkan. kalau cikgu-cikgu masih belum key in, paparan ni kosong je. 
cikgu-cikgu klik kat butang tambah kat bahagian bawah kat tengah-tengah tu untuk tambah aktiviti / projek / keterangan.

untuk contoh saya ni, saya key in begini :
aktiviti 1 : melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.
kemudian, klik butang tambah KPI :
Petunjuk prestasi : masa
sasaran kerja : 12 (maksudnya 12 bulan)
pencapaian sebenar : 12 ( mestilah 12 bulan jugak kan sebab kita kerja sepanjang tahun kan..hehe)
% pencapaian : 100 ( of course la kan...kan..kan... )
ulasan : dapat diselesaikan dengan baik. ( atau boleh buat ayat lain yang lagi sedap dibaca.. )

kemudian, ulang untuk aktiviti-aktiviti seterusnya...
aktiviti 2 : melaksanakan tugas pengurusan bimbingan dan kaunseling.


Aktiviti 3 : melaksanakan sesi kaunseling individu dan kelompok
aktiviti 4 : melaksanakan program-program kaunseling


aktiviti 5 : menghias bilik bimbingan dan kaunseling mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
aktiviti 6 : melaksanakan 1 kajian tindakan berkaitan bimbingan dan kaunseling setahun.


aktiviti 7 : sebagai pencatat minit mesyuarat pengurusan guru.

Bila dah siap semuanya, tekan butang SIMPAN. lepas tu, boleh tekan butang HANTAR. bila kita tekan butang HANTAR dah tak boleh ubah lagi. Jadi, kalau nak edit lagi, tekan butang simpan dulu. Bila dah confirm baru tekan butang hantar.

Sekolah saya tetapkan semua guru kena senaraikan 5 aktiviti. lebih tak apa. jadi, saya senaraikan 7 aktiviti. 6 adalah core bisnes saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dan 1 adalah tugasan sampingan yang pihak sekolah berikan seperti yang termaktub dalam buku pengurusan sekolah. ada banyak lagi tugasan sampingan yang melibatkan sekolah tapi saya dah malas nak key in, so cukup la 7 saja. 

diingatkan juga, tugas2 luar seperti AJK PIBG, NGO dan sebagainya yang luar2 tu tak perlu dimasukkan. hanya tugasan yang dalam sekolah jer. contoh jadi pencatat minit mesyuarat, jadi guru pembimbing kelab bola jaring, dan lain-lain.

sekian saja coretan saya untuk entri kali ini. andai ada salah silap dan kurang, saya dahului dengan jutaan kemaafan. contoh yang saya berikan ini bukanlah sepenuhnya sempurna dan betul. ia sekadar satu panduan untuk guru-guru bimbingan dan kaunseling yang masih buntu dan tak tahu nak key in SKT untuk guru bimbingan & kaunseling ini... 

salam sayang untuk semua...
cikgu nora
11.50 pm
30/9/2015



6 comments:

  1. Jazak Allahu Khair, sangat membantu, semoga Allah merahmati anda Aamiin Ya Rabbal Alamin

    ReplyDelete
  2. TQ CIKGU NORA.PANDUAN YANG CUKUP BAGUS

    ReplyDelete
  3. Info yg membantu para guru seperti saya...dan skrg sy pun sudah selesai SKT secara online.
    Terima kasih, cikgu nora

    ReplyDelete