seperti biasa, bila masuk relief, saya akan gunakan peluang untuk melakukan aktiviti bimbingan kelompok. andai aktiviti yang dirancang tamat awal, saya berikan sedikit ruang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti bebas asalkan tidak melampaui batas. mentang-mentang sekarang musim World Cup 2014, murid-murid lelaki rata-rata dilanda demam World Cup 2014... seronok tengok murid-murid saya bermain bola dengan cara mereka... ternyata mereka cukup kreatif untuk menghibur diri versi mereka... semoga mereka membesar menjadi insan cemerlang yang membahagiakan ibu bapa dan keluarga
No comments:
Post a Comment