Tuesday 23 August 2016

PAMPHLET IKeP TAHUN ENAM, 2016

Bersama ini saya kongsikan pamplhet IKeP tahun enam, 2016... semoga membantu rakan-rakan guru bimbingan sekolah rendah di luar sana untuk memberi penerangan kepada murid-murid dan ibu bapa. Jutaan terima kasih kepada kawan saya, Suziana, dari SK Taman Pelangi Indah yang sudi berkongsi bahan ini. saya hanya memanjangkan untuk memberi lebih manfaat kepada lebih ramai orang..

Saturday 30 July 2016

TAPAK PELAPORAN BIMBINGAN & KAUNSELING 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan guru bimbingan dan kaunseling. perlukan tapak pelaporan bimbingan & kaunseling 2016? Nah... di sini saya kongsikan untuk kegunaan bagi anda yang memerlukan. Selamat bekerja... happy2 selalu ya!


Tapak pelaporan bimbingan dan kaunseling 1

Tapak pelaporan bimbingan dan kaunseling 2

Monday 14 March 2016

MODUL GURU PENYAYANG

Salam sayang dari saya... dah lama saya tak jengah blog kesayangan saya ini.. kali ini saya nak kongsikan bahan Modul Guru Penyayang.. semoga sedikit sebanyak, dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.. In Shaa Allah

Tuesday 6 October 2015

PROGRAM PASCA UPSR.

Assalamualaikum..

pening nak buat kertas kerja dan jadual pasca UPSR? jangan pening-pening lagi. di sini saya kongsikan bahan-bahan tersebut untuk rujukan dan panduan cikgu-cikgu... semoga bermanfaat ya!

HIMPUNAN LEMBARAN KERJA KERJAYA

Assalamualaikum...

malam ini saya nak kongsi bahan-bahan kerjaya yang saya kumpulkan dari sumber google. salah satu hobi saya ialah mencari bahan-bahan percuma yang boleh diprint dan disave gitu... lembaran kerja ni ada pelbagai aras. boleh digunakan untuk pelbagai lapisan murid khususnya di sekolah rendah.

selalunya, saya gunakan lembaran kerja ini sewaktu relief class. lepas murid-murid menyiapkan tugasan yang diberi, saya suka berbual dengan murid-murid berdasarkan lembaran kerja yang telah disiapkan. contohnya, apa cita-cita kamu? mengapa? bagaimana kamu nak capai cita-cita kamu? apa ciri-ciri yang perlu kamu ada untuk kerjaya pilihan kamu? dan pelbagai lagi soalan. kadang-kadang murid pulak tanya saya. biasanya mereka bertanya tentang kerjaya pilihan mereka. jadi, selalunya, sebelum saya masuk ke kelas dengan lembaran kerja ini, saya akan "study" dulu supaya tak kantoi bila ditanya murid-murid saya... hehehehe...

harap2 bahan yang tak sepertinya ini dapat membantu guru-guru b&k di luar sana yang mungkin kebuntuan dalam mencari bahan-bahan pendidikan kerjaya. in shaa Allah...

Wednesday 30 September 2015

HRMIS2.0 - SASARAN KERJA TAHUNAN ( GURU B&K )

Assalamualaikum dan selamat malam...

dalam dingin malam, hati ini begitu teruja untuk terus mencoret di blog ini, berkongsi apa adanya untuk rakan-rakan di luar sana. Dalam entri kali ini, saya kongsikan cara-cara menyiapkan sasaran kerja tahunan (SKT) secara online di laman sesawang HRMIS2.0

1.mula-mula pilih "search engine" dulu. saya guna google chrome. kemudian, taip je hrmis2... lepas tu saya pilih HRMIS Login Page.

nanti akan keluar paparan macam ni. lepas tu, masukkan la kita punye ID PENGGUNA & KATA LALUAN. ID tu biasanya ic kita. kata laluan, kat sekolah saya, kerani dah siap-siap buatkan... so saya ikut jer... senang keje... hehehe...

2. lepas dah keluar paparan ini dan kita dah masukkan id pengguna dan kata laluan, akan keluar paparan yang berikutnya. di paparan ini, pilih PENGURUSAN PRESTASI, kemudian di bawahnya pilih LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN. Nanti akan keluar paparan macam di bawah ni :
tadaaa... akan keluar paparan macam ni... haaaa... nampak..? nampak...? hehehe..!

3. seterusnya, nampak kan paparan di bahagian kiri tu, yang atas sekali tu... (FUNGSI). pergi kat fungsi - sasaran kerja tahunan - pegawai yang dinilai - sasaran kerja tahunan dan klik. nanti akan keluar aparan maklumat peribadi kita. klik TERUSKAN dan akan keluar paparan begini :
 ini paparan yang telah dilengkapkan. kalau cikgu-cikgu masih belum key in, paparan ni kosong je. 
cikgu-cikgu klik kat butang tambah kat bahagian bawah kat tengah-tengah tu untuk tambah aktiviti / projek / keterangan.

untuk contoh saya ni, saya key in begini :
aktiviti 1 : melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.
kemudian, klik butang tambah KPI :
Petunjuk prestasi : masa
sasaran kerja : 12 (maksudnya 12 bulan)
pencapaian sebenar : 12 ( mestilah 12 bulan jugak kan sebab kita kerja sepanjang tahun kan..hehe)
% pencapaian : 100 ( of course la kan...kan..kan... )
ulasan : dapat diselesaikan dengan baik. ( atau boleh buat ayat lain yang lagi sedap dibaca.. )

kemudian, ulang untuk aktiviti-aktiviti seterusnya...
aktiviti 2 : melaksanakan tugas pengurusan bimbingan dan kaunseling.


Aktiviti 3 : melaksanakan sesi kaunseling individu dan kelompok
aktiviti 4 : melaksanakan program-program kaunseling


aktiviti 5 : menghias bilik bimbingan dan kaunseling mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
aktiviti 6 : melaksanakan 1 kajian tindakan berkaitan bimbingan dan kaunseling setahun.


aktiviti 7 : sebagai pencatat minit mesyuarat pengurusan guru.

Bila dah siap semuanya, tekan butang SIMPAN. lepas tu, boleh tekan butang HANTAR. bila kita tekan butang HANTAR dah tak boleh ubah lagi. Jadi, kalau nak edit lagi, tekan butang simpan dulu. Bila dah confirm baru tekan butang hantar.

Sekolah saya tetapkan semua guru kena senaraikan 5 aktiviti. lebih tak apa. jadi, saya senaraikan 7 aktiviti. 6 adalah core bisnes saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dan 1 adalah tugasan sampingan yang pihak sekolah berikan seperti yang termaktub dalam buku pengurusan sekolah. ada banyak lagi tugasan sampingan yang melibatkan sekolah tapi saya dah malas nak key in, so cukup la 7 saja. 

diingatkan juga, tugas2 luar seperti AJK PIBG, NGO dan sebagainya yang luar2 tu tak perlu dimasukkan. hanya tugasan yang dalam sekolah jer. contoh jadi pencatat minit mesyuarat, jadi guru pembimbing kelab bola jaring, dan lain-lain.

sekian saja coretan saya untuk entri kali ini. andai ada salah silap dan kurang, saya dahului dengan jutaan kemaafan. contoh yang saya berikan ini bukanlah sepenuhnya sempurna dan betul. ia sekadar satu panduan untuk guru-guru bimbingan dan kaunseling yang masih buntu dan tak tahu nak key in SKT untuk guru bimbingan & kaunseling ini... 

salam sayang untuk semua...
cikgu nora
11.50 pm
30/9/2015



SURAT AMALAN TERBAIK KAUNSELING & DISIPLIN

Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan guru bimbingan & kaunseling untuk menambah baik perkhidmatan dan amalan terbaik kaunseling di sekolah masing-masing. in shaa Allah..